V Shem-Khim Wah Rangkul Juara Terbuka Malaysia - pakdin.my

V Shem dan Khim Wah

Pertama kali mara ke final, beregu muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya melakar kejayaan selepas menundukkan beregu dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-19 21-18 pada aksi akhir Terbuka Malaysia, Ahad.

Kejohanan Siri Super Premier ini menjadi pencapaian terbaik gandingan beregu ketiga negara ini dengan menampilkan aksi pantas ketika berdepan dengan beregu ke-20 dunia itu.

Kemenangan straigh set ini pastinya menjadi pengubat kekecewaan selepas beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terkandas lebih awal di pusingan pertama.

Lebih menarik, kejayaan pertama mereka ini juga dikongsi bersama penyokong-penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil.

Jelas V Shem, dia begitu teruja dengan sokongan yang tidak putus-putus diberikan sepanjang beraksi di sini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Kami melakukan persediaan rapi untuk kejohanan ini dan saya memang tidak fikir untuk menang.

“Kami hanya memberi fokus dan bermain sebaik mungkin. Selepas ini, pada kejohanan akan datang kami harap mampu mencatat keputusan yang lebih baik daripada ini,” ujarnya selepas perlawanan.

V Shem-Khim Wah, yang menjadi beregu lelaki tuan rumah pertama berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan akhir sejak kali terakhir Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melakukannya pada 2010.

UTAMAV Shem-Khim Wah Rangkul Juara Terbuka Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium