Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak - pakdin.my

Adenan Satem
Adenan Satem

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Rabu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan akan digantikan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

“Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kiri) berkenan menerima surat hasrat meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di Kuching
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kiri) berkenan menerima surat hasrat meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di Kuching

Beliau berkata nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan diadakan pada 28 Februari.

“Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai Ketua Menteri),” katanya.

Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Opengdan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

UTAMAAdenan Satem Ketua Menteri Sarawak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium