Ahmad Basha Menteri Besar Baru Kedah - pakdin.my

menteri-besar-kedah-mukhriz-Ahmad Basha

Akhirnya Ahmad Basha akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir pada pagi khamis ini di Istana Anak Bukit. Perkara ini diberitahu oleh sumber-sumber yang rapat dengan istana.

Dijangka setiausaha kerajaan negeri Kedah akan mengumumkan Ahmad Basha sebagai Menteri Besar baru Kedah pada sidang media esok. Menurut sumber-sumber yang rapat dengan istana itu lagi, perkara tersebut telah diputuskan oleh Tuanku Pemangku Sultan Kedah.

Seramai 13 daripada 15 ADUN pembangkang di Kedah dilaporkan telah menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Alor Setar bagi menentukan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar. Perjumpaan di Wisma Darul Aman, di Alor Setar itu diadakan sejak jam 3 petang tadi.

Semalam, tiada keputusan dicapai dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah meminta supaya pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang.

Pembangkang di Kedah mempunyai 15 kerusi – lapan milik PAS, satu milik AMANAH, dua DAP dan PKR mempunyai empat. Ketua Pembangkang dan ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah berada di Kuala Lumpur sehingga 8 Februari. Manakala ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy pula berada di luar negara.

Menurut sumber, 15 wakil pembangkang datang dengan kata sepakat bahawa mereka menyokong Mukhriz.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menzahirkan pendirian mereka mengenai krisis politik itu.

Krisis politik tercetus berikutan wakil rakyat dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Kedah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang dikatakan tidak berbuat demikian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran menteri besar.

Najib pada sidang media pada hari sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.

Kini kerajaan Barisan Nasional Kedah akan dapat menumpukan perhatian untuk memenuhi janji-janji kepada rakyat Kedah yang selama ini gagal dilakukan oleh Mukhriz. Tambahan pula Ahmad Basha nerupakan panglima yang mengetuai gerakan merampas Kedah dari tangan pembangkang pada PRU13 yang lepas.

UTAMAPOLITIKAhmad Basha Menteri Besar Baru Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium