Berhati-Hati Kongsi Maklumat Di Laman Sosial Untuk Elak Fitnah - pakdin.my

media-sosial-peribadi

Pengguna internet perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat atau memberi komen berhubung sesuatu isu di laman sosial kerana dibimbangi ia boleh menjurus kepada fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbuatan itu juga boleh mengaibkan pihak berkenaan, sekaligus mengeruhkan hubungan sesama manusia akibat perbezaan pendapat.

“Kalau pun benda itu betul dan membuka aib dia, itupun satu dosa besar. Kita kena elak fitnah kerana kalau kita boleh kekang perkara ini, kita dapat mewujudkan satu aura yang lebih positif dalam masyarakat yang terlalu dihidangkan dengan segala perkara negatif,” katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang penceramah bebas yang didakwa mengaitkan pemberian susu lembu (formula) kepada bayi, boleh mempengaruhi akhlak anak dalam sebuah program televisyen yang membincangkan topik mengenai kebaikan susu ibu.

Ia kemudiannya diviralkan di media sosial, sekaligus mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Asyraf Wajdi berharap sebarang isu yang diviralkan di media sosial yang boleh menjurus kepada fitnah terhadap sesiapa sahaja, dapat dihentikan demi menjaga hubungan baik sesama manusia.

“Dapat sahaja maklumat, jangan kita sebar. Tapi kita mesti bersangka baik dulu dan jangan bersangka buruk. Setiap maklumat itu kena kaji terlebih dahulu sebelum kita buat kesimpulan,” katanya.

Terdahulu, Asyraf Wajdi merasmikan Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara, sempena sambutan jubli emas Masjid Negara.

Dalam ucapannya beliau berkata buku di perpustakaan masjid juga boleh didigitalkan untuk memberi pilihan kepada pengguna membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

“Selain itu, ceramah-ceramah yang telah dimuat naik ke YouTube oleh pelbagai agensi juga boleh dijadikan sebahagian maklumat bermanfaat kepada perpustakaan masjid dan disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

UTAMABerhati-Hati Kongsi Maklumat Di Laman Sosial Untuk Elak Fitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium