Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang

Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang

HSR dibatalkan. Projek MRT3 dibatalkan. ECRL juga mungkin dibatalkan. Pembatalan semua projek ini menyebabkan pampasan dalam nilai yang besar, puluhan ribu peluang kerja tertutup dan kadar pertumbuhan ekonomi negara juga akan mengucup.

Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.

Akhirnya semalam, Tun Mahathir telah perbetulkan kembali angka hutang negara kepada kadar yang sebenarnya. Bukannya angka RM1 trillion yang dimanipulasi sebelum sebelum ini.

Kenapa tiba tiba kerajaan PH perbetulkan? Kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan. Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14.

Walaupun kenaikan sederhana pasaran saham di Bursa sejak 3 hari lalu, pelabur asing telah menarik balik wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan tempoh yang paling lama sejak 2008.

Jumaat lalu, mereka menarik balik RM225.2 juta manakala bagi hari Isnin hingga Rabu mereka telah menarik balik masing-masing RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.

Ditambah kepada RM5.83 bilion yang telah ditarik balik pada bulan Mei, sejumlah RM6.997 bilion telah ditarik balik oleh orang asing dari pasaran saham kita sejak kemenangan PH.

Aliran keluar ini juga dicerminkan oleh kejatuhan rizab asing BNM yang menurun sebanyak AS$1 bilion sejak kerajaan PH menguasai Putrajaya.

Ditambah pula dengan perletakan jawatan beberapa CEO GLC dan Gabenor Bank Negara yang sudah tentu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kerajaan PH sekarang.

Bonus yang makin berkurang, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara.

Semalam, rizab Bank Negara juga didapati menyusut. Pada 30 April nilai rizab adalah USD$109.5 billion. Kemudian semakan pada 7 Jun mendapati jumlah rizab menjadi USD$108.5 billion, susut sebanyak USD$1 billion.

Kalau zaman BN dulu, jenuh dituduh sebagai hilangkan duit, songlap duit dan sebagainya. Jadi sekarang ini bagaimana boleh kurang RM4 billion itu?

Harga barang macam itu juga. Masih mahal dan tidak turun turun. Harga petrol pun tidak jadi RM1.50 seperti yang dijanjikan. PTPTN kena bayar macm itu juga.

Hutang peneroka Felda belum lagi dihapus. Bonus raya pun tidak dapat. Skim Peduli Sihat entah ke mana. 2% KWSP surirumah pun macam tidak jadi. Inilah dia padahnya rakyat silap mengundi.

Ekonomi sudah berundur ke belakang. Tunggulah dua tiga bulan lagi, makin lembab dan “mandom” lah Malaysia. Peluang kerja tiada, apa pun tiada. Yang ada hanyalah cerita cerita persepsi setiap hari oleh kerajaan baru.

Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron

20
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
John Rocky
Guest

Pakatan bangang

Lazir Ron
Guest

#rindubasmini

Ahmad Hassan
Guest

ini lah padahnya kalau hanya nak balas dendam akibatnya rakyat jadi mangsa.terlampau banyak drama daripada memajuksn negara.

Joe Labu
Guest

semua batal2 aleh2 nak buat kereta pulak….hadaoi … harap tun x buat la kereta lagi….kalau nak buat jugak buat yang letrik….

Alee Ishak Jr.
Guest

Firman Allah Taala: “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali… Read more »

Kay Maria
Guest

Balek ke era 90 han.hemmmmm..say no to NEGARA MAJU.

Zulkifli Mohammad
Guest

Pimai Pimai jual negara kat Jepun pulak. Semuanya kena kencing.

Yazit Darus
Guest

China ni ada dua jenis, satu suka harga share naik, lagi satu kumpulan bingai suka harga share jatuh, agak agak dap kumpulan yang mana ye

Ali Brinching
Guest

Dah kalah PRU baru nak ungkit. Hari ditanya 1mdb dijaja nye Arul ke hulu ke hilir

Mohamad Ab Rahim
Guest

Heheeeh….good piece admin!…hanya satu yang ada potensi, apa yang saya dengar di Nikkei Conference Tokyo, Tun mengumumkan permulaan industri keretapi kita sendiri, ini ok la;… Read more »