Himpunan #KitaLawan tiada sambutan - pakdin.my

Himpunan #KitaLawan tiada sambutan

Kurang daripada 200 orang hadir untuk perhimpunan ‘Kita Lawan’ yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo, Sabtu.

Kehadiran anggota polis berjaya mengawal suasana dan laluan trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perhimpunan berkenaan diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Perhimpunan itu juga merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan permit kepada penganjur.

Timbalan Presiden PKR, Tian Chua, dalam perhimpunan itu menekankan pihak pembangkang akan meneruskan kempen walaupun dihalang oleh pihak berkuasa.

“Tiada siapa yang cedera atau diancam. Ini adalah kuasa dan hak rakyat. Kami akan melindungi hak kami seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

“Tiada siapa yang boleh beritahu kta bila dan di mana kita boleh berhimpun.”

Dalam ceramahnya, Tian Chua berkata polis perlu memahami mereka (rakyat) kerana polis juga sebahagian daripada rakyat.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perhimpunan itu yang bermula jam 4 petang menyaksikan sekumpulan kecil peserta yang berjalan ke KLCC dari Sogo bersama kumpulan pancaragam yang menarik perhatian orang ramai.

UTAMABERITAHimpunan #KitaLawan tiada sambutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium