Iskandar cipta sejarah mara final GP Emas - pakdin.my

AKSI mantap Iskandar ketika mengalahkan pemain pilihan kedua, K Srikanth dari India
AKSI mantap Iskandar ketika mengalahkan pemain pilihan kedua, K Srikanth dari India

GEORGETOWN: Tiga pemain pilihan ditumbangkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam laluannya ke pentas final Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters.

Sebentar tadi, pemain perseorangan lelaki negara itu melangkah bergaya ke final selepas menewaskan pemain nombor sembilan dunia yang juga pilihan kedua, K Srikanth dari India 27-25, 21-9 dalam aksi separuh akhir di Arena Spice.

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu mengejutkan pemain ke-12 dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada pusingan pertama dan dia mengekalkan rentak cemerlangnya dengan menewaskan pemain ke-18 dunia dari Hong Kong, Ng Ka Long pada aksi suku akhir, semalam.

Iskandar akan bertemu pemenang perlawanan antara jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dengan Tommy Sugiarto dari Indonesia pada aksi final, esok.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Iskandar melangkah ke final kejohanan bertaraf GP Emas.

Sementara itu, beregu campuran negara yang baharu digandingkan, Tan Kian Meng turut melangkah ke final selepas menewaskan rakan senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-17, 21-16.

UTAMAIskandar cipta sejarah mara final GP Emas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium