Kes Anwar boleh cemarkan institusi Parlimen (video) - pakdin.my

wan azizah-serah-rayuan-pengampunan

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman mempersoalkan adakah boleh ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengampunan bagi pihak Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada Yang di Pertuan Agong? “Saya tertanya-tanya kenapa diri batang tubuh (Anwar), tidak mengemukakan permohonan keampunan tersebut.

“Ia sesuatu yang pelik. Mengikut amalan biasa dan tradisi, seseorang Ahli Parlimen dikenakan hukuman penjara 2 tahun, maka lucutlah status Ahli Parlimen pesalah itu dan kerusi Parlimen yang diwakilinya dianggap kosong dan pilihan raya kecil diadakan,” katanya ketika berbahas Titah Yang DiPertuan Agong, di Parlimen Isnin.

 

 

Namun katanya bagi kes Anwar, kerusi parlimen Permatang Pauh masih belum diisytihar kosong.

Beliau membayangkan, jika perkara sama berlaku pada dirinya, bolehkan hal itu berlaku atau ahli keluarganya mewakilinya meminta pengampunan bagi pihak dirinya.

“Bukan sahaja diri saya, malah ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah keistimewaan kes ini maka menjadikannya luar biasa,” tegasnya.

Katanya, difahamkan permohonan pengampunan itu dikemukakan oleh ahli keluarga Anwar, bukan oleh diri pesalah sendiri.

“Rasa pelik dan hairan turut menerjah fikiran saya apabila mendapat tahu ada pihak yang mempunyai helah untuk membolehkan seorang banduan dari penjara menyertai sidang Dewan Rakyat yang mulia,” katanya.

Baginya, benda pelik seumpama ini sukar ditemui dimana-mana jua Sistem Berpalimen di dunia.

Hasbullah turut menyuarakan kebimbangan peristiwa ini boleh menjurus kepada mempersendakan dan memperlekehkan sistem perundangan di negara ini, sekaligus menimbulkan kesamaran terhadap martabat Institusi Parlimen yang mulia.

Jabatan Penjara Malaysia tidak membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen yang bermula 9 Mac lalu dan pembangkang kini cuba menyalahkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ikuti perbahasan Hasbullah di Dewan Rakyat pada Isnin berhubung isu keluarga Anwar mohonnya dibenarkan hadir ke Parlimen.

UTAMABERITAKes Anwar boleh cemarkan institusi Parlimen (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium