KPDNKK rampas 834 kilogram bihun tidak ada sijil halal dari Pasaraya Borong di Selayang - pakdin.my

rampas-bihun-pasaraya-borong-selayang

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 834 kilogram bihun cap kucing bernilai RM2,557.60 dari sebuah pasar raya borong di sini, hari ini.

Bihun berkenaan adalah antara jenama bihun keluaran kilang produk `Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, di sini.

Pegawai KPDNKK yang enggan namanya disiarkan berkata, rampasan dilakukan susulan pemeriksaan terhadap kilang berkenaan selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bihun keluaran kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat terhadap satu daripada invois daripada kilang itu mendapati pelanggan utamanya adalah di sebuah pasar raya borong di Selayang.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak sebanyak 278 bungkus atau 834 kilogram bihun cap kucing masih dijual di pasar raya borong itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Operasi turut disertai anggota penguatkuasa Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

UTAMAKPDNKK rampas 834 kilogram bihun tidak ada sijil halal dari Pasaraya Borong...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium