Menyasar Mutasi Yang Menyebabkan Kanser Paru-Paru - pakdin.my

Kanser paru-paru mewakili 20 peratus daripada kematian pesakit kanser di Malaysia tetapi perkembangan pesat dalam bidang perubatan sedang menambahbaik kaedah rawatan serta keputusan rawatan.

Profesor Dr Liam Chong Kin, pakar torasik di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata statistik kanser paru-paru menunjukkan peningkatan mantap sejak sedekad yang lepas mewakili 14 peratus daripada kesemua kanser kepada lelaki dan empat peratus kepada wanita.

Sementara tembakau dikatakan menjadi faktor risiko tunggal penyakit itu, golongan bukan perokok pula mewakili 15 peratus daripada kes barah paru-paru ke atas lelaki sementara kepada wanita ia adalah antara 60 dan 70 peratus.

Barah paru-paru dibahagikan kepada dua jenis utama, khasnya karsinoma sel kecil paru-paru (SCLC) dan karsinoma sel bukan kecil paru-paru (NSCLC) dengan kedua-duanya dikatakan menjadi punca pertumbuhan tidak terkawal sel-sel epitelial oleh kerana mutasi genetik.

Sementara statistik menunjukkan gambaran yang suram, para pakar pada hari ini memahami dengan lebih baik laluan perkembangan penyakit ini sementara pesakit pula mempunyai pelbagai pilihan saringan dan terapi yang menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

PERANAN EFGR

Dr Adel Zaatar, Perunding Radioterapi dan Onkologi bersama Gleneagles Medical Centre di Pulau Pinang, menunjukkan bahawa mutasi pada Reseptor Faktor Pertumbuhan Epidermal (EGFR), sejenis protein yang boleh ditemui pada sel-sel, dikatakan menjadi punca kanser ini.

Oleh itu ujian untuk mengenalpasti mutasi ini dan terapi-terapi sasaran pada mutasi memainkan peranan kritikal dalam mengekang kemaraan kanser paru-paru.

Beliau berkata ujian dan terapi EGFR semakin menjadi sebahagian daripada pengurusan klinikal barah paru-paru bagi pesakit-pesakit yang diuji positif bagi mutasi EGFR.

Sementara ujian EGFR sudah terdapat di Malaysia untuk agak lama, hanya baru-baru ini ubat Tarceva (erlotinib) diperkenalkan bagi terapi EGFR.

UJIAN EGFR PENTING

Dr Adel menunjukkan bahawa ujian dan terapi EGFR adalah penting khasnya memandangkan 30-50 peratus pesakit Asia yang didiagnosis dengan NSCLC menunjukkan mutasi EGFR.

NSCLC dengan mutasi yang mengaktifkan EGFR dianggap berbeza daripada segi genetik berbanding barah paru-baru lazim dalam kalangan wanita Asia yang bukan perokok tetapi mempunyai ketumbuhan adenokarsinoma.

Dr Adel menunjukkan bahawa apabila seseorang pesakit dikenalpasti menghidap NSCLC yang didapati positif bagi Mutasi EGFR, pesakit ini akan disyorkan menjalani terapi EGFR menggunakan perencat seperti Tarceva.

Lagipun, bukan seperti kemoterapi yang bersifat sangat toksik, terapi perencat ini kurang toksik dan menambahbaik kualiti kehidupan pesakit.

RESPONS POSITIF

Sementara itu, Profesor Dr R. Pathmanathan menunjukkan bahawa banyak daripada pesakit dengan adenokarsinoma kanser paru-paru EGFR telah menunjukkan respons positif terhadap terapi EGFR.

Dr Pathmanathan memberitahu Bernama bahawa sejak 18 bulan yang lepas 1,200 ujian telah dijalankan di Pusat Perubatan Sime Darby untuk mengenalpasti mutasi EGFR.

Ujian-ujian ini juga terdapat di pusat-pusat perubatan lain.

Bagaimanapun, beliau menunjukkan bahawa buat permulaan pesakit-pesakit yang didapati positif bagi mutasi EGFR dirawat dengan satu lagi ubat yang kompetitif sebelum beralih kepada Tarceva.

“Tarceva sudahpun terdapat di bahagian lain dunia tetapi ia masih belum didaftarkan di Malaysia. Untuk menyenaraikan mana-mana ubat dalam buku biru, ia perlu melalui pelbagai prosedur yang tegar dan ini mengambil masa,” tambah Dr Pathmanathan.

Bagaimanapun, ubat ini hanya boleh disyorkan kepada pesakit yang diuji positif bagi mutasi EGFR.

UTAMAMenyasar Mutasi Yang Menyebabkan Kanser Paru-Paru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium