@NajibRazak Berbuka Puasa Bersama Ulama, Umara Dan NGO Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis berbuka puasa bersama ulamak dan umarak serta NGO Islam di Seri Perdana di Putrajaya, malam Khamis. Lebih 2,000 tetamu hadir dan turut menyaksikan penyampaian sumbangan pada fakir miskin dan asnaf

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Khamis berbuka puasa bersama ulama, umara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Seri Perdana di sini.

Sejurus tiba beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan tetamu.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Antara NGO hadir ialah Sekretariat Ulama dan Umara Putrajaya, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (Perkim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Lebih 2,000 orang hadir pada majlis itu termasuk mereka dari golongan asnaf dan anak yatim.

Najib menyampaikan sumbangan aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf bernilai lebih RM6 juta di majlis tersebut.

Seramai 40 anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari Segambut, dan Rumah Nur Muhamad Shah Alam turut menerima sumbangan daripada Perdana Menteri dan isteri.

Leave a Reply