Pakatan NGO Pro BN Sabah Saran Calon BN Yang Kalah Diberi Peranan ‘Adun Dilantik’ - pakdin.my

Musa Aman
Musa Aman

Pakatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pro Barisan Nasional (BN) berharap agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dapat menimbang kemungkinan melantik semula wakil rakyat BN yang kalah sebagai anggota dewan undangan negeri (Adun) yang ‘dilantik’.

Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata terdapat kewajaran untuk memberi ruang kepada mereka berkhidmat semula sebagai wakil rakyat bagi memastikan projek pembangunan yang dirancang kerajaan sebelum ini dan akan datang dapat sampai terus kepada golongan sasar yang diwakili mereka di kawasan masing-masing.

“Cadangan kami ialah Datuk Jahid Jahim yang mewakili DUN Tamparuli (dilantik semula) dan (begitu juga) kawasan lain seperti DUN Inanam, Moyog, Klias, Bingkor dan Api-Api dapat dipertimbangkan.

“Pakatan NGO Pro BN akan berjumpa sendiri bagi memanjangkan perkara ini kepada ketua menteri. Saya cukup yakin dengan sikap ketua menteri yang lebih terbuka, berjiwa rakyat dan amat memahami masalah rakyat, hasrat kami ini akan dapat ditunaikan,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Kawasan DUN Tamparuli, Inanam dan Api-Api diwakili calon Parti Bersatu Sabah (PBS), manakala Moyog dan Bingkor (Upko) dan Klias diwakili calon Umno.

Perlembangan negeri Sabah memperuntukkan jawatan enam ‘Adun Dilantik’ sebagai tambahan kepada 60 Adun yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya umum.

Pilihan raya umum Ahad lepas menyaksikan BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.

Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.

UTAMABERITASABAHPakatan NGO Pro BN Sabah Saran Calon BN Yang Kalah Diberi Peranan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium