Pas putuskan Khalid kekal sebagai MB Selangor – Hadi - pakdin.my

hadi-awang-karpal-singh

Pas telah memutuskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun parti itu hanya memiliki 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi di negeri itu.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau telah menulis dan menandatangani surat persetujuan untuk diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu.

“Di Selangor… walaupun Pas menang 15 kerusi, DAP juga menang 15 kerusi, Keadilan (PKR) pula menang 14 kerusi… saya umumkan malam ini… Pas melantik Keadilan sebagai Menteri Besar (Selangor).

“Pas membuat keputusan bahawa Tan Sri Khalid (Ibrahim) terus jadi MB (Menteri Besar). Media boleh tulis ini. Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya MB dari Keadilan dikekalkan di Selangor.

“Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan boleh memerintah negeri secara kolektif,” katanya ketika berucap dalam majlis ceramah di Rusila di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; bekas Menteri Besar Selangor yang kini merupakan ahli Pas, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut

 

Pas tidak berasa rugi bantu lonjak pencapaian DAP – Hadi

Pas tidak berasa rugi bantu lonjak pencapaian DAP - Hadi

Pas tidak menanggung apa-apa kerugian melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihatkan

UTAMAPILIHAN RAYAPas putuskan Khalid kekal sebagai MB Selangor - Hadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium