Pelakun Pro Parti Bunga Farid Kamil Serang Polis, Positif Ganja

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

********
Berita sebelum.

Artis PPBM Farid Kamil positif dadah ditahan mengamuk dan tampar Polis

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

ARTIS PRO PPBM seorang pelakon dan pengarah Dato’ Farid Kamil ditahan selepas mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 1.20 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan kejadian berkata, suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long”,

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap Farid Kamil mengesah dia di bawah pengaruh dadah (jenis ganja),” katanya

Susulan itu, Dato’ Farid Kamil ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

20 Replies to “Pelakun Pro Parti Bunga Farid Kamil Serang Polis, Positif Ganja