Pemimpin PKR Ziarah Hadi Petanda PKR Anggap PAN Dan Pribumi Tidak Boleh Diharap

Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR terputus secara rasmi pada Mei lalu, namun hubungan pimpinan antara kedua-dua parti berkenaan masih ‘terjalin’.

Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam laman Facebook beliau malam tadi memberi gambaran berkenaan.

Hadi menerima kunjungan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Dr Shaharuddin Badaruddin.

“Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur,” tulis beliau.

Azmin turut berkongsi gambar yang sama dalam akaun Twitter beliau.

“Sebentar tadi menemani YB @drwanazizah dan @pmshahar menziarahi YB Tuan Guru Ustaz Haji Hadi Awang yang sedang berehat selepas pembedahan,” tulis Azmin di akaun Twitter @azminali malam tadi.

Pertemuan pimpinan PKR dan Hadi itu sekaligus menimbulkan spekulasi sama ada kedua-dua parti itu akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Azmin yang ditemui pemberita sewaktu menghadiri Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, tengah hari semalam berkata, beliau bersedia untuk berunding dengan PAS dalam mendepani PRU14 kelak.

Azmin minggu lalu diumumkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Selangor itu memberitahu tindakan itu penting supaya tiada pertembungan sesama pembangkang memandangkan PAS kini bukan sebahagian daripada gabungan berkenaan.

11
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Hussain Bakar
Guest

Tunggu dlm pru14 nanti sama ada pas buat u turn pada dap ph atau pkr nie yg gila talak takut kehilangan Selangor.Menziarah sesama Islam memang… Read more »

Ismail Ibrahim
Guest

Kami tak suka pkr kecuali keluar dari ph

Nixam Ghani
Guest

Senget benar pemikiran kamu. Tak boleh pakai!

Zoll Le Maire
Guest

Lihatlah butir2 taik Pap yg tak sedar diri dan tak tahu malu tu….

Hokage Chai Rasenggan
Guest

Silap tu…. Depa pasang strategi utk membina kerajaan baru… Bagi PAS amat mudah menumbangkan UMNO dan BN selagi Najib jd pemimpin sbb byk isu2 yg… Read more »

Zoll Le Maire
Guest

Silap tu….kunjungan tu ada makna yg tersurat fan tersirat. Depa minta sokongan jangan mengganggu ditempat pkrats bertanding….atau cuba jual kipas jepun kepunyaan jijah secara murah… Read more »

Omar Bin Ali Oba
Guest

Silap tu. Pkr pun sama perangai dan satu kapal dengan madey. Dah muntah pun boleh jilat semula.

Amar Maarof
Guest

Wahahaha tanpa PAS siapalah PGayR… Jemin Aiskrim Toilet dgn Kak Jah Bengkang minta nyawa dgn TGHH tu

Mansor Bin Jaapar Jaapar
Guest

Ziarah tak apa…
Jangan dok kerah…dan dok mengarah

Roslan Lan Kulai
Guest

2×5…

Radzi Razak
Guest

anak biji taik pap mana ada perasaan malu