POLIS DIBUNUH: MANA SURENDRAN, SIVARASA DAN LATHEEFA KOYA? - pakdin.my

Kpl-Raja-Aizam
operal Raja Aizam Raja Mohd

Malaysia seringkali dihangatkan oleh pelbagai isu melibatkan perkauman dan agama selain serangan ke atas agensi-agensi penguatkuasa undang-undang.

Pemain-pemain utama kontroversi ini terdiri daripada barisan peguam yang turut menjadi pemimpin parti politik, khususnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS-PKR-DAP.

Paling menonjol adalah peguam-peguam dari PKR dan DAP.

Banyak isu melibatkan PDRM yang didakwa mereka kononnya pihak berkuasa itu menjalankan taktik gestapo terutama terhadap masyarakat India.

Justeru peguam-peguam berkenaan, dibantu pula oleh sebilangan pertubuhan peguam akan membela habis-habisan golongan disyaki penjenayah manakala polis yang menguatkuasakan undang-undang digambarkan seolah-olah penjenayah.

Itu yang sering berlaku di Malaysia ketika peguam-peguam yang sepatutnya membela kebenaran, segelintir mereka sudah bertukar menjadi membela penjenayah dengan motif tertentu termasuk laba politik.

Hari ini, seorang lagi anggota polis terbunuh ketika sedang menjalankan tugas manakala seorang lagi anggota polis parah.

Kedua-duanya diserang oleh sekumpulan warga asing yang dipercayai penjenayah di Kelang ketika sedang melakukan rondaan biasa di Taman Sentosa, Kelang awal pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua anggota polis peronda (MPV) itu telah bertembung dengan sekumpulan warga asing terdiri daripada 3 lelaki dan dua wanita dalam keadaan mencurigaakan dan cuba menjalankan pemeriksaan ke atas mereka.

Secara tiba-tiba, mereka melawan serta menyerang dengan senjata tajam sekaligus menyebabkan berlakunya pergelutan sebelum pistol salah seorang anggota polis berkenaan dirampas oleh lelaki warga asing terbabit.

Penjenayah kemudian cuba melepaskan tembakan tetapi gagal sebelum senjata tersebut berjaya dirampas semula oleh Koperal Mohd Aidil Mustafa.

Aidil kemudiannya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh dua orang suspek yang menyerang rakannya Koperal Raja Aizam Raja Mohd.

Tidak lama kemudian, pasukan bantuan terdiri sepasukan lima anggota polis tiba di tempat kejadian.

Ketika ditemui, Allahyarham Koperal Raja Aizam berada dalam longkang dan dalam keadaan parah, manakala Koperal Mohd Aidil pula sedang mengacukan pistol ke arah kedua-dua mayat penjenayah, juga dalam keadaan cedera.

Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53 tahun, yang mengalami kecederaan parah akibat ditetak pada bahagian kepala, bagaimanapun meninggal dunia sewaktu diberikan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Kelang manakala Koperal Mohd Aidil masih dirawat di hospital yang sama.

Siasatan di tempat kejadian telah menemui sebilah parang serta pisau rambo bersama-sama mayat penjenayah.

Siasatan sedang dijalankan oleh polis dengan empat suspek, termasuk dua wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam kejadian jam 4.30 pagi Selasa itu sudah ditahan.

“Mana aktivis pembangkang yang berjenama peguam yang sebelum ini cukup ligat memutar-belitkan pelbagai fakta dan menyalahkan polis?” soal penulis blog Cucu Tok Wan dalam artikelnya di blog The Flying Kick.

“Mengapa kali ini mereka langsung tidak bersuara? Mengapa pula dalam kes ini, mereka langsung tidak memberikan reaksi?” soalnya lagi.

“Apakah peguam-peguam yang cukup pantas membela penjenayah-penjenayah itu berpuas hati kerana seorang lagi anggota polis mati terbunuh ketika sedang menjalankan tugas?” kata Cucu Tok Wan dalam blog berkenaanpada jam 4:32 petang, Selasa.-

UTAMABERITAPOLIS DIBUNUH: MANA SURENDRAN, SIVARASA DAN LATHEEFA KOYA?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium