Polis Giat Buru Pemuda Tikam Bekas Tunang - pakdin.my

bunuh-bekas-tunang

KLUANG: Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya percaya suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini.

“Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata, pihak polis sudah mempunyai petunjuk dan berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.

Siasatan kes dilakukan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam dan di luar pasar raya tempat berlaku kejadian, katanya.

Mohd Roze berkata, laporan bedah siasat mengesahkan punca mangsa meninggal adalah disebabkan tusukan pisau di rusuk kiri dan terkena paru-parunya.

Beliau berkata, ia merupakan kes

bunuh bermotifkan dendam serta cemburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis.

Mangsa Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dipercayai ditikam oleh bekas tunangnya kerana merasa cemburu mangsa mempunyai pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

UTAMABERITAPolis Giat Buru Pemuda Tikam Bekas Tunang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium