PRN Sarawak – Penamaan calun telah ditutup. Tempoh bantahan ehingga jam 11pagi

Update 10:30 pagi

Tempoh bagi penamaan calun di Sarawak telah selesai jam 10 pagi tadi dan sekarang adalah tempoh untuk calun-calun membuat bantahan kepada borang pencalunan yang telah diterima. Tempoh bantahan adalah sehingga jam 11 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihanraya yang dilantik oleh SPR akan mengumumkan nama calun yang layang bertanding selepas tempoh bantahan selesai.

Selamat mengundi kepada rakyat Sarawak.

 

Kuching April 6 – Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula hari ini dengan calon-calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi tadi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat-pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.

Leave a Reply