Sebar fitnah: Polis Vietnam tahan tiga blogger dalam tempoh kurang sebulan - pakdin.my

Pelanggan melayari portal berita disebuah warung kopi di Hanoi
Pelanggan melayari portal berita disebuah warung kopi di Hanoi

HANOI (Vietnam): Polis Vietnam menahan seorang blogger yang didakwa menyebarkan maklumat palsu dan fitnah mengenai kerajaan komunis negara itu, lapor media tempatan, hari ini.

Blogger berkenaan adalah individu ketiga yang ditahan dalam tempoh kurang sebulan susulan tindakan tegas terhadap perbezaan pendapat di negara terbabit.
Dinh Nhat Uy ditahan pihak polis di wilayah selatan Long An hari ini, lapor akhbar tempatan, Thanh Nien.

Dia didakwa menyalahgunakan hak kebebasan demokrasi dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga tujuh tahun.

Uy didapati menulis dan menyebarkan artikel palsu dan fitnah berkaitan kerajaan dalam blognya, menurut akhbar itu.

Terdahulu, seorang pelajar yang juga adik kepada Dinh Nguyen Kha dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun bulan lalu kerana menyebarkan propaganda menentang pemerintah negara itu.

Dua lagi blogger terkenal turut ditahan dalam tempoh tiga minggu lalu dalam pertuduhan yang sama.

UTAMABERITASebar fitnah: Polis Vietnam tahan tiga blogger dalam tempoh kurang sebulan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium