Senjata Api Kes Pembunuhan Pegawai AmBank Ditemui - pakdin.my

Senjata Api Kes Pembunuhan Pegawai AmBank Ditemui

Senjata api yang digunakan oleh suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan pegawai AmBank Subang Jaya berjaya ditemui pagi tadi.

Hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan semalam, dia membawa polis ke Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi rompakan.

Pump gun itu berjaya ditemui di dalam longkang kawasan kilang kira-kira jam 11:05 pagi.

Suspek dipercayai membuang senjata api itu di sini sejurus selepas kejadian.

Pihak forensik turut menemui empat butir peluru di dalam pump gun tersebut.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui keseluruhan pergerakan suspek bagi mendapatkan bahan bukti lain.

 

UTAMABERITASenjata Api Kes Pembunuhan Pegawai AmBank Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium