Sharifah Aini wasiat anak imamkan solat jenazah (video) - pakdin.my

Sharifah Aini wasiat anak imamkan solat jenazah

Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor, Sabtu.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah yang berusia genap 61 tahun pada Rabu lalu mewasiatkan tiga perkara.

Beliau meminta agar gambar jenazah beliau tidak diambil, jangan membuka tutup muka dan mahu anak tunggalnya, Aliff Omar Ali, 32, mengimamkan solat jenazah.

Suasana di Masjid At-Taqwa sejak jam 7 pagi tadi dipenuhi kira-kira 300 orang terdiri daripada rakan artis dan orang ramai yang sudah menunggu untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, dan Rohana Jalil.

Turut kelihatan Datuk Hattan, Datuk Freddie Fernandez, Datin Umie Aida dan suami, serta Aspalela Abdullah.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Pusat Perubatan Pakar Damansara ke masjid itu kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

 

UTAMASharifah Aini wasiat anak imamkan solat jenazah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium