SURAT EXCO AGAMA BUKTI CAMPUR TANGAN DALAM PROSES MAJLIS FATWA PULAU PINANG - pakdin.my

Surat bertarikh 26 Mei 2010 yang dikeluarkan EXCO Agama dan ADUN PKR, Abdul Malik Kassim, kepada bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad.

Lim Guan Eng juga menerima salinan surat tersebut dan berakhir dengan EXCO meminta fatwa dibincangkan semula dengan EXCO negeri.

EXCO PKR perlu memberikan penjelasan kerana beliau sebelum ink telah berkata bahawa beliau hanya memberi maklum balas.

Dia tidak pernah kata bahawa EXCO Negeri mengambil bahagian dalam proses fatwa tersebut.

Adakah Lim Guan Eng dan / atau Anwar Ibrahim juga mengambil bahagian di dalam perbincangan?

——
SURAT EXCO AGAMA BUKTI CAMPUR TANGAN

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata surat bertarikh 26 Mei 2010 yang tersebar di laman sosial itu membuktikan kenyataan Abdul Malik yang menyangkal mengenai dakwaan berkenaan adalah bersifat penafian semata-mata.

Beliau berkata, kenyataan Hassan dan Datuk Salleh Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri sebelum ini, membuktikan wujudnya campur tangan kerajaan negeri dalam urusan fatwa di negeri ini.

“Alasan EXCO Agama (Abdul Malik) yang mengatakan tidak berlaku campur tangan kerana Jawatankuasa Fatwa tidak menurut permintaan beliau melalui surat itu, langsung tidak boleh diterima.

“Sama ada Jawatankuasa Fatwa akur atau pun tidak dengan arahan EXCO Agama dan kerajaan negeri adalah isu lain dan ia tidak bermakna tidak berlaku campur tangan dalam urusan fatwa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Malik menegaskan, tidak berlaku campur tangan dalam proses pemfatwaan di negeri ini seperti mana yang dibangkitkan.

Sebaliknya Abdul Malik mendakwa apa yang berlaku hanyalah keinginan kerajaan negeri supaya mufti yang mempengerusikan Majlis Fatwa membincangkan keputusan mereka dengan kehadiran wakil kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini, tidak pernah berlaku campur tangan mahupun arahan supaya fatwa yang diputuskan perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASURAT EXCO AGAMA BUKTI CAMPUR TANGAN DALAM PROSES MAJLIS FATWA PULAU PINANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium