Tokuyama Sahkan Pelaburan Baharu RM5 Bilion Dalam Pengeluaran Silikon – Najib - pakdin.my

PM dikunjungi pemimpin-pemimpin syarikat terkemuka Jepun
PM dikunjungi pemimpin-pemimpin syarikat terkemuka Jepun

TOKYO  — Tokuyama Corp telah mengesahkan akan membuat pelaburan baharu berjumlah RM5 bilion dalam bidang pengeluaran polihabluran silikon bagi sel solar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Khamis.

Beliau berkata pelaburan itu merupakan tambahan kepada RM3 bilion yang sudah dilaburkan oleh syarikat Jepun itu dalam fasa pertama projek pengeluarannya.

“Syarikat telah undang saya untuk melancarkan fasa kedua ini yang dijangka Julai atau Ogos tahun depan,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia di Hotel New Otani di Tokyo selepas menerima kunjungan pegawai-pegawai tinggi Nikkei Inc, Sumitomo Corporation, Sekisui Chemical, Mitsui & Co. Ltd, Kawasaki Heavy Industry Ltd dan Toshiba Corp.

Najib tiba di Tokyo, pagi Khamis dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog ASEAN-Jepun.

Perdana Menteri menyifatkan pelaburan berkenaan sebagai satu pelaburan yang amat besar.

“Ini merupakan sebahagian pertengahan untuk pengeluaran sel solar dan solar module. Jadi polisilikon ini boleh dikatakan bidang input untuk pengeluaran sel solar ini,” kata beliau.

UTAMAEKONOMITokuyama Sahkan Pelaburan Baharu RM5 Bilion Dalam Pengeluaran Silikon - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium