UNDANG-UNDANG SYARIAH TELAH WUJUD SEBELUM KEDATANGAN BUKAN MELAYU KE MALAYSIA

Syariah adalah berkaitan agama dan umat Uslam mempunyai hak mengamalkan agama dengan cata mereka. Umat Islam telah mengamalkan undang-undang syariah lebih dari seribu tahun dahulu. Hari ini bukan Islam memberitahu umat Islam bagaimana mereka perlu mengamalkan Islam dan mengatakan bahawa Syariah tiada kaitan dengan agama dan orang bukan Islam juga mempunyai hak bersuara terhadap perkara itu.

Pergerakan anti-Syariah tetap dengan fikiran sempit mereka sejak taklimat untuk Ahli Parlimen Muslim mengenai RUU 355, Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dibentangkan di Parlimen.

Sebenarnya, Malaysia telah mengamalkan undang-undang Syariah lama sebelum orang bukan Islam datang ke Malaysia. Sebelum 1909 lagi, tahun apabila Kelantan menjadi sebahagian daripada negeri-negeri Melayu bersama-sama dengan Terengganu, Kedah dan Perlis, undang-undang Syariah sudah diamalkan.

Persekutuan tanah Melayu telah diwujudkan pada tahun 1948 dan pada tahun 1963 Persekutuan Malaysia. Dan Undang-undang Syariah masih wujud. Tiba-tiba sekarang bukan Islam memberitahu umat Islam yang mereka mempunyai hak bersuara mengenai bentuk dan cara perlaksanaan undang-undang Syariah ini.

20160527-ruu-persendirian-akta-355-1

________

HORMATI HASRAT ORANG ISLAM LAKSANA HUDUD, KATA AHLI PARLIMEN PSM

Rakyat Malaysia perlu menghormati usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika masyarakat Islam negara ini percaya ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Jeyakumar mengingatkan ia menjadi hak setiap masyarakat di Malaysia untuk membuat keputusan mengenai bagaimana mahu mengamalkan agama mereka.

“Berdasarkan prinsip ini, jika masyarakat Islam di Malaysia percaya dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negara inih merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kaum lain tidak harus menghalang mereka berbuat demikian.

“Bagaimanapun golongan bukan Islam di negara ini perlu diberi taklimat mengenai RUU itu bagi memastikan hak mereka tidak dilanggar.”

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai RUU 355, di mana setiap Ahli Parlimen Islam dijemput menghadirinya.

Ini mendorong respons daripada wakil Amanah, Khalid Samad yang menegaskan sepatutnya bukan Islam turut dijemput ke sesi taklimat itu dalam usaha membersihkan kekeliruan terhadap RUU itu.

Jeyakumar juga berkongsi sentimen sama dengan Khalid, mengatakan bukan Islam perlu diberitahu mengenai implikasi RUU itu untuk memastikan adanya pemisahan kuasa antara mahkamah Syariah dan sivil.

Beliau turut menekankan keperluan lebih banyak perbincangan mengenai RUU 355, kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang prihatin terhadap kemungkinan implikasinya ke atas orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mengundi menyokong terhadap RUU itu, Jeyakumar berkata beliau perlu merujuk kepada rakan-rakan parti dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Saya berbelah bahagi kerana tidak boleh mengundi berdasarkan apa yang saya rasa sebagai India. Saya perlu mengambil kira yang saya mewakili 1/3 Melayu dan 1/3 Cina di kawasan saya.

“Jadi saya perlu mengundi berdasarkan apa yang orang saya mahu.”

Semalam, Zahid berkata pindaan RUU 355 akan dibaca untuk kali pertama sebelum akhir sesi Parlimen pada Khamis ini.

Zahid juga berkata Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam akan ditubuhkan untuk mengkajinya lebih lanjut.

RUU yang dibawa Hadi pada 26 Mei bertujuan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan penalti lebih berat terhadap kesalahan di bawah undang-undang Syariah bagi kesalahan Islam yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

152 Replies to “UNDANG-UNDANG SYARIAH TELAH WUJUD SEBELUM KEDATANGAN BUKAN MELAYU KE MALAYSIA

Leave a Reply