Zulfadli muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan - pakdin.my

Pemain perseorangan remaja kebangsaan, Zulfadli Zulkifli mencipta sejarah selepas muncul juara remaja dunia buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan, Viktor Axelsen dari Denmark pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan hari ini.

Zulfadli yang juga juara remaja Asia menundukkan Viktor dengan kemenangan 21-18, 9-21 dan 21-19 dalam masa 50 minit, mengikut laman web tournament software.com.

Kemenangan tersebut adalah kemenangan kedua pemain berusia 19 tahun itu ke atas Viktor.

Kali pertama beliau mengalahkan Viktor adalah pada Kejohanan Badminton Remaja 2005 di Sweden.

Pasangan beregu, Nelseon Heg Wei Keat-Teo Ee Yi menjadi juara menewaskan pilihan utama tuan rumah, Huang Po Jui-Lin Chia Yu 21-17, 21-17 dalam masa 37 minit.

UTAMABERITAZulfadli muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium