30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

10 Faktor Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Tumbang

Percaya atau tidak, penggal ini merupakan yang terakhir bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa di negeri pulau mutiara itu.

Penggal pertama dan kedua, DAP perintah, kerana ada rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat mereka. Namun sekarang ini, DAP tidak mampu lagi hendak menipu pengundi buat kali yang ketiga.

Kenapa ada cakap cakap bahawa roket DAP di Pulau Pinang bakal jatuh pada PRU14? Ada 10 faktor utama yang menjadi penyebab kepada kekalahan itu.

Pertamanya 25 buah kampung Melayu telah lenyap hasil pemerintahan ‘kejam’ DAP. Keahlian Umno pula naik dengan mendadak sehingga 35 peratus, di samping keahlian PAS juga naik 30 peratus. Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.

Faktor keempat yang paling menakutkan DAP, apabila terdapat 18 DUN di negeri itu yang majoritinya adalah pengundi Melayu. PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini.

Kerana sikap diktator Guan Eng, kajian mendapati sokongan terhadap DAP menurun 25 peratus di kawasan sebelah pulau. Ini menjadi faktor kelima mengapa DAP akan tumbang di sana.

Bukan sahaja di sebelah pulau, sokongan pengundi terhadap ‘parti chuavinis’ itu juga turun merudum sebanyak 35 peratus di Seberang Perai. Ini diakui kerana ketidakcekapan kerajaan DAP dalam isu-isu seperti tebatan banjir serta tambak laut yang menjejaskan kehidupan nelayan.

‘Bala’ terbesar buat Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah skandal banglonya. Guan jelas sudah kantoi dalam isu banglo ini, hanya menunggu masa untuk mendapat hukuman sahaja.

Skandal banglo, rasuah kroni dan isu Taman Manggis menjadi faktor penyebab pengundi bakal menolak DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Faktor kesembilan yang sedang menghantui DAP di Pulau Pinang adalah isu rasuah yang melibatkan kroni Guan Eng, isu terowong, serta isterinya sendiri. Rata-rata pengundi sudah mula muak dan rasa tertipu dengan Guan Eng yang sebelum ini amat sombong bila bercakap soal kronisme dan nepotisme.

Faktor terakhir yang bakal membuatkan DAP ‘berputih mata’ untuk terus mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang adalah perpecahan dalaman parti, yang kebanyakan pemimpjn akar umbinya tidak berpuas hati dengan Guan Eng dan keluarganya.

Apa tidaknya, keseluruhan parti itu diurus mengikut cara mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa ‘Legasi Lim’. Sebab itu sudah ada suara suara mendesak Guan Eng meletak jawatan sahaja.

Inilah 10 faktor yang menjadi penyebab kerajaan DAP di Pulau Pinang bakal kalah teruk dan akan dihukum oleh pengundi pada PRU14 nanti.

DAP dijangka akan hilang 5 kerusi, PKR dijangka kalah semua kerusi pada PRU14 nanti. BN dan PAS akan menambah kerusi. Rakyat Pulau Pinang tidak mahu jadi bodoh buat kali ketiga.

Cukuplah dua kali terkena dengan janji janji manis DAP, rakyat tidak sabar hendak menghukum DAP di atas kertas undi nanti.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...