Pesuruhjaya PAS Perlis rebah ketika berceramah di Ceramah Perdana Muafakat Nasional - pakdin.my

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli terjatuh ketika berceramah lalu tidak sedarkan diri.

Ketika kejadian beliau sedang menyampaikan berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020, di Kangar malam ini.

Mohd Shukri selanjutnya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut laporan, Mohd Shukri baru saja memulakan ucapannya sebelum kelihatan kurang bermaya dan gagal berdiri dengan stabil lalu rebah ke belakang rostrum.

Ketika itu, beberapa penceramah dan juga penonton dilaporkan meluru ke arah beliau bagi menghulurkan pertolongan.

Kejadian itu disaksikan secara langsung menerusi siaran laman Facebook Umno Online.

UTAMABERITAPesuruhjaya PAS Perlis rebah ketika berceramah di Ceramah Perdana Muafakat Nasional

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium