Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPengganas LTTE: Polis Tak...

Pengganas LTTE: Polis Tak Buat Kenyataan Itu, Mana Guan Eng Dapat Maklumat? – Datuk Ayob Khan - pakdin.my

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Ahad.

Mengenai dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan, Ayob menjelaskan, itu pendapat peribadi Naib Pengerusi DAP itu.

“Itu pandangan peribadi YB Kula. Jangan tanya banyak isu politik. Saya pegawi polis, agensi penguatkuasa. Soalan politik ini elok ditujukan kepada orang politik. Nanti kalau saya jawab, rentaknya akan jadi lain. Nak kaitkan dengan Tanjung Piai ke apa ke, itu hak dia. Saya tak mahu komen apa-apa,” tambah beliau.

……………..

KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Ahad.

Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak pasti bagaimana input yang beliau dapat iaitu yang mengatakan polis tidak akan menjalankan siasatan dan tangkapan. Itu saya tidak pasti.

“Namun, yang pastinya bukan daripada saya. Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan kita akan memberhentikan siasatan. Tidak. Mungkin ada pihak lain saya tidak pasti,” ujar beliau.

Beliau menegaskan tangkapan suspek terlibat tidak kena-mengena dengan mana-mana parti politik.

“Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, UMNO,PKR atau mana-mana parti pun. Tangkapan dibuat kerana mereka disyaki terlibat dalam aktiviti menyokong dan mempromosi keganasan. Tidak kiralah parti mana.

“Polis tidak pernah ada sedikit pun ada bias (pilih kasih). Mana-mana terlibat, cukup bukti pasti akan ditangkap.Saya tak kira siapa pun,” tegas Ayob lagi.

Mengenai dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan, Ayob menjelaskan, itu pendapat peribadi Naib Pengerusi DAP itu.

“Itu pandangan peribadi YB Kula. Jangan tanya banyak isu politik. Saya pegawi polis, agensi penguatkuasa. Soalan politik ini elok ditujukan kepada orang politik. Nanti kalau saya jawab, rentaknya akan jadi lain. Nak kaitkan dengan Tanjung Piai ke apa ke, itu hak dia. Saya tak mahu komen apa-apa,” tambah beliau.

Setakat Ahad, 12 suspek termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka  yang disyaki terlibat dengan perjuangan kumpulan LTTE. – AstroAwani

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918