UtamaNASIONALIsmail Sabri Nafi Harga...

Ismail Sabri Nafi Harga Produk KR1M Lebih Mahal Berbanding Produk Jenama Lain - pakdin.my

“Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah ‘apple to apple’ atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti,”

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

“Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

“Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah ‘apple to apple’ atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua semalam yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada.

Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

“Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

“Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

“Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...