UtamaNASIONALNasihat Dr M Kepada...

Nasihat Dr M Kepada Shahrizat: Semua Ahli Politik Ambil Perhatian – Syed Ali - pakdin.my

NFC

Datuk Syed Ali Alhabshee meminta semua ahli politik mengambil perhatian terhadap kredibiliti masing-masing sekiranya di kalangan mereka dibelenggu oleh sesuatu isu.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu yang menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar “jangan sayang kepada jawatan.”

Nasihat Dr Mahathir itu ekoran kemelut yang melanda Perbadanan Fidlot Nasional di mana pengurusan tertingginya terdiri daripada suami dan anak-anak Shahrizat.

Syed Ali yang menjadikan Shahrizat sebagai contoh berkata, peletakan jawatan bukannya bermaksud diri seseorang anggota kabinet itu bersalah.

“Jika mengikut undang-undang, Shahrizat mungkin tidak bersalah dalam hal ini (NFC) tetapi jika dilihat secara dasar politik, ia melibatkan kabinet.

“Ini kerana beliau masih menjadi menteri dan NFC diterajui oleh suami dan anak-anaknya. Beliau patutnya tahu bila perlu meninggalkannya (kabinet),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Syed Ali sebelum ini berkali-kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan sebagai menteri dan mempersoalkan kenapa Ketua Wanita Umno itu terlalu sayangkan jawatannya itu.

“Orang politik biasanya bila sudah ada jawatan, susah hendak lepaskan. (Sharizat) lepaskanlah jawatan (menteri) itu. Beliau masih ada jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana masih mempunyai sokongan daripada ahli-ahlinya,” katanya.

Syed Ali bagaimanapun berkata, gesaan supaya Sharizat meletakkan jawatan sebagai menteri itu bukan disebabkan terdapat pihak yang hendak menjatuhkan menteri itu.

“Saya tak mahu semua pihak salah anggap. Saya bukan mahu bermusuh atau mahu merampas kerusi di Parlimen. Saya tak mahu jawatan.

“Saya cuma sayangkan parti. Dan saya sememangnya bersuara dengan lantang sekiranya terdapat apa-apa yang tidak baik berlaku dalam parti.

“Saya lakukan demi kebaikan parti. Itu sahaja. Jangan salah faham,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata, Shahrizat harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti dan perlu memberi keutamaan itu ketika membuat sebarang keputusan.

“Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.

“Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga,” kata Dr Mahathir.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...