Penyenaraian Felda – SPV Ambil Alih Peranan KPF - pakdin.my

Sebuah Syarikat Tujuan Khas SPV akan ditubuhkan susulan kegagalan Koperasi Permodalan Felda KPF mengadakan mesyuarat agung luar biasa EGM hari ini.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, SPV itu akan mengambil-alih peranan KPF dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings FGVH yang disasar dimuktamadkan Mei atau Jun ini.

Sidang media dipanggil Felda susulan tindakan segelintir lapan anggota KPF yang mendapatkan perintah injunksi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan hari ini meskipun penyenenaraian telah mendapat kata sepakat Ahli Lembaga Felda sebelum ini.

TAN SRI ISA ABDUL SAMAD / PENGERUSI FELDA
Jika mesyaurat luar biasa diadakan, saya yakin semua pihak akan setuju dan oleh itu, mereka carilah, salahkan lah mereka yang menghalangnya, dari segi peneroka kita tidak ada masalah, nak kata 100 peratus msutahil tetapi majoriti memahami 100 peratus

Pengenalan syarikat khas itu bagi memastikan peneroka bakal mendapat pulangan daripada proses penyenaraian.

Potensi keuntungan daripada peniagaan yang dinikmati daripada syarikat yang disenaraikan nanti akan disalur melalui syarikat baru ini.

Tan Sri Isa turut menjamin kaedah penyenaraian baru ini tidak akan mengambil hak, tanah warga peneroka seluruh negara.

TAN SRI ISA ABDUL SAMAD / PENGERUSI FELDA
Tanah peneroka kita tidak akan ambil, hanya tanah yabng dimiliki felda holdings, felda plnatation iaitu 350 ribu hektar, tanah peneroka seinci pun kita tak usik, tetatapi masih dimainkan, itulah sebab itu saya kata tadi disebabkan politik

Tan Sri Isa juga mengesahkan peranan KPF di dalam Felda kekal dan dividen yang diberikan seperti biasa.

Kertas kerja dan dokumen kaedah penyenaraian terbaru kini telah sedia dan akan dibawa ke Suruhanjaya Sekuriti, SC tidak lama lagi.

UTAMABERITAPenyenaraian Felda - SPV Ambil Alih Peranan KPF

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium