UtamaNASIONAL@NajibRazak temui rakyat Selangor...

@NajibRazak temui rakyat Selangor Ahad ini – @zinmohamed - pakdin.my

Dato' Seri Ir Mohd Zin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program “Nurani Rakyat” di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong.

Kordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata lawatan kerja Najib bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

“Perdana Menteri akan menghadiri jamuan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan di Sek Ren Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda, Jalan Templer, Petaling Jaya di samping mengadakan pertemuan ringkas dengan beberapa wakil persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mohd Zin berkata, Najib kemudian dijadual berdialog dengan bekas pegawai kanan kerajaan di Selangor dalam satu perjumpaan khas di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini pada sebelah petang.

Beliau berkata, Perdana Menteri akan menunaikan solat Asar di Surau Al-Fatinah, Pangsapuri Sri Siantan, Putra Perdana, Puchong serta beramah mesra dengan imam, nazir, anggota jawatankuasa surau dan masjid sekitar kawasan itu.

“Najib kemudian akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sek Men Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen iaitu Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat,” katanya.

Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar cemerlang PMR.

Pada akhir majlis, Perdana Menteri akan melancarkan Pasukan Bermotor Pemuda Barisan Nasional Sepang.

Mohd Zin berkata, menerusi lawatan itu, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, mahu memastikan apa jua usaha beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut kerap turun padang di negeri ini, menepati kehendak masyarakat setempat dan dilaksanakan mengikut jadual.

Katanya, Perdana Menteri mahu menyediakan lebih banyak ruang untuk mendekati denyutan nadi rakyat di Selangor yang sudah mula menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah bersedia untuk memilih semula BN supaya kembali mentadbir negeri ini dengan lebih cekap.

“Gerak kerja di bawah program ‘Nurani Rakyat’ dengan tema ‘Sayangi Selangor Yakin BN’ mendapat sambutan baik dan masyarakat di semua pelosok negeri berlumba-lumba menjemput dua pemimpin tertinggi negara itu datang ke tempat mereka,” katanya

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...