Hasan Ali Tiada Masalah Sebagai Adun Bebas Di Selangor

Hasan Ali

Bekas anggota exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memulakan peranan baru dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai anggota bebas dan menurut beliau tiada masalah baginya berbahas sebagai anggota bebas dalam persidangan kali ini.

“Tak ada masalah sebagai ADUN bebas…saya dipecat daripada menjadi ahli PAS dan digugurkan daripada barisan exco.

“Saya rasa bermaruah (menjadi Adun Bebas)…saya bukan rasuah saya tak liwat, saya bukannya melakukan benda-benda yang dilarang oleh Islam,” katanya kepada pemberita selepas upacara perasmian Sidang DUN Selangor ke 12 oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini Isnin.

Dalam sidang DUN kali ini Hasan duduk di belakang barisan pembangkang DUN Selangor iaitu, Barisan Nasional. Tempat lama beliau kini diduduki oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor.

Hasan berkata, pada persidangan kali in beliau tetap akan mengenengahkan agenda Islam, Melayu dan institusi Raja (IMR) dalam perspektif masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, beliau akan menyentuh soal-soal kepupusan agama, amalan agama, hak istimewa orang Melayu di Selangor dan isu orang Melayu secara keseluruhan dalam perspektif global.

Hasan mendakwa selama menjadi exco tiga tahun 11 bulan beliau belum pernah nampak agenda kerajaan negeri untuk menyelamatkan orang Melayu.

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim berkata, Hasan akan diberikan ruang serta peluang untuk membangkitkan isu semasa dalam persidangan dewan.

“Tugas saya tidak membezakan ADUN, apabila mereka berada dalam dewan taraf mereka sama tak kira Menteri Besar, Exco, penyokong kerajaan, pembangkang atau bebas semuanya dianggap sama taraf,” katanya ketika ditemui selepas upacara perasmian sidang dewan pada Isnin.

Ditanya mengenai ketidakhadiran bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini, Teng berkata, beliau tidak menerima apa-apa maklumanatau surat daripada ADUN Sungai Panjang itu.

“Setakat ini hanya ADUN Kota Damansara (Dr Mohd Nasir Hashim) yang telah meminta cuti kerana menjalani pembedahan,” katanya.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...