UtamaNASIONALBantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Temukan Ibu Dan Anak Terpisah 21 Tahun - pakdin.my

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah menemukan semula ibu dan anak yang terpisah 21 tahun lalu.

Norhidayah Awang, 27, (kanan) berjaya menemui ibunya, Khadijah Jaafar, 49, (kiri) setelah membuat semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Temerloh apabila mendapati permohonannya untuk mendapatkan BR1M ditolak dan setelah membuat siasatan dia mendapati terdapat individu yang memohon BR1M yang meletakkan namanya sebagai anak.

BR1M Satukan Ibu Dengan Dua Anaknya Kembali

KUALA KRAU: Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan benar-benar memberi makna yang cukup mendalam kepada seorang ibu tunggal, Khatijah Jaafar, 49, yang akhirnya bertemu semula dengan dua anaknya yang terpisah sejak 21 tahun lalu.

Anak Khatijah, Norhidalyah Awang, 27, dan Mohd Rashid Awang, 30, dipelihara bekas suami Khatijah, Awang Wahab yang meninggal dunia pada 2007.

“Saya pernah berusaha mencari anak saya di Jeli kerana sebelum berpisah dengan suami, kami pernah menetap di daerah itu. Usaha saya menemui kegagalan tetapi saya tidak berputus asa.

“Saya juga pernah cuba mengesan Norhidalyah di Rompin, berdasarkan alamat kad pengenalannya, tetapi dimaklumkan dia sudah berpindah dan tidak siapa tahu tempat tinggalnya sekarang,” kata Khatijah yang bekerja sebagai tukang cuci di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Bharu, Kelantan itu.

Khatijah yang berstatus ibu tunggal berkata, dia sengaja mendaftarkan nama Norhidalyah sebagai salah seorang penerima BR1M di bawah tanggungannya kerana berharap apa yang dilakukannya itu akan membolehkan dia bertemu kembali dengan anaknya itu.

Mungkin sudah ditakdirkan, suami Norhidalyah, Khairul Mubin, 27, turut menyenaraikan nama isterinya itu untuk menerima BR1M, tetapi dimaklumkan bahawa dia tidak layak menerima bantuan berkenaan kerana nama Norhidalyah sudah disenaraikan oleh orang lain.

Hasil siasatan yang dilakukan Khairul, membawa kepada pertemuan Norhidalyah dengan Khatijah dan melalui Norhidalyah juga, ibunya itu akan berpeluang bertemu dengan anak sulungnya, Mohd Rashid yang dikatakan bertugas di Bentong.

“Saya bersyukur kerana BR1M menemukan saya dengan dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami. Pada awalnya, saya turut meletakkan nama Norhidalyah di dalam borang BR1M kerana bimbang saya tidak layak, tetapi pada masa sama, inilah saja cara bagi mencari anak saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan BR1M kerana ia bukan saja membantu rakyat, tetapi juga menemukan saya dengan anak saya,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya itu di Kampung Kuala Mai, di sini, semalam.

Ternyata kedua-dua mereka tidak dapat menahan sebak ketika berpelukan dan tidak percaya dapat bertemu semula selepas 21 tahun berpisah.

Sementara itu, Norhidalyah mengakui terkejut apabila dimaklumkan tidak layak menerima BR1M sedangkan pendapatan dia dan suami tidak melebihi RM3,000 sebulan.

“Saya dan suami mengambil keputusan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh untuk menyemak semula status permohonan, namun pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama saya sudah digunakan oleh individu lain pada 13 Mac lalu.

“Saya meminta butiran peribadi individu menggunakan nama saya itu dan terkejut apabila mendapati individu itu ialah ibu kandung saya yang terpisah sejak 21 tahun lalu.

“Dua hari kemudian, saya memberanikan diri menghubungi dan gembira kerana impian bertemu ibu yang terpisah sudah dimakbulkan. Saya mahu membela dan menjaga ibu selepas ini dan mahu membina kehidupan baru bersamanya. Saya mahu ibu tinggal dengan kami.

“Walaupun tidak mendapat wang BR1M tetapi saya mendapat sesuatu yang lebih bermakna iaitu dipertemukan dengan ibu kandung,” katanya.

Bagi aku, ini adalah pertemuan yang tak diduga.. Siap naik lagi nama tempat aku Rompin tu..haha Tapi bersyukurlah walaupun tak dapat BR1M tapi dapat berjumpa dengan anak kandung dah tentu memberi erti yang tak ternilai berbanding wang RM 500 tu. – Harian Metro

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...