COVID-19: Kes kematian sebelum tiba hospital meningkat 7 kali ganda April-Jun - pakdin.my

Kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) pesakit COVID-19 meningkat sebanyak tujuh kali ganda dari April hingga Jun lalu dengan peningkatan dari 35  kepada 246 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebanyakan kes BID itu adalah dalam kumpulan umur 50 hingga 70 tahun (76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).

“Hingga hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita manakala sebanyak 4,856 kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021.

“Daripada jumlah kematian pada 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian BID dilaporkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini ialah Selangor iaitu 181 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 78 kes dan Sabah sebanyak 85 kes.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai untuk cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah.

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh setiap individu ialah menjalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes positif, mengamalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab.

Selain itu, mereka juga perlu memaklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau COVID-19 Assessment Centre (CAC) berdekatan sekiranya didapati positif serta segera melaporkan sebarang ‘warning signs’ dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

“Warning signs merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit COVID-19 semakin teruk.

“Ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah,” katanya.

Di peringkat KKM pula, beliau berkata beberapa langkah telah dan sedang diambil dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengatasi situasi berkenaan, termasuk mengukuhkan fungsi CAC, meningkatkan kapasiti makmal ujian saringan COVID-19 serta mendigitalkan pengurusan pandemik.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMABERITACOVID-19: Kes kematian sebelum tiba hospital meningkat 7 kali ganda April-Jun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium