Jaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan U Mobile - pakdin.my

Jaringan Prihatin adalah salah satu pakej stimulus yang diperkenalkan dalam Bajet 2021 yang lalu. Pakej tersebut memperuntukkan RM3.5 billion yang boleh digunakan oleh rakyat yang layak untuk mendapatkan telefon ataupun pakej telco bagi memudahkan mereka menerima akses Internet dan seterusnya melicinkan perjalanan PDPR.

Tarikh akhir pendaftaran Jaringan Prihatin telahpun dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021.

Baca Penawaran Celcom

Baca penawaran Digi

Baca penawaran Maxis

Baca Penawaran U Mobile

Buat anda yang masih berkira-kira untuk dapatkan gajet daripada telco mana, ini adalah rangkuman penawaran gajet daripada U Mobile.

Tekan untuk perbesar

U Mobile adalah saluran yang paling menarik untuk anda tebus subsidi peranti Jaringan Prihatin kerana semua tawaran mereka tidak disertakan bersama kontrak, menurut operator pusat panggilan U Mobile yang dihubungi. Kalau begitu, anda boleh terus cabut sebulan selepas langganan.

Ada banyak pilihan peranti dengan bayaran pendahuluan kurang daripada RM200 boleh anda pertimbangkan untuk setiap kategori.

Di bawah kategori RM300, anda ada:

  • Samsung Galaxy A02 (GX38, GX50, dan GX68)
  • Samsung Galaxy A02s (GX50 dan GX68)
  • Oppo A54 (GX68)
  • Realme C11 (GX50)
  • Vivo Y20 2021 (GX68)

Di bawah kategori RM180, anda ada:

  • Samsung Galaxy A02 (GX50)
  • Realme C11 (GX50)

Sekiranya anda perlukan tablet, mereka tawarkan Lenovo Tab M10 dengan bayaran pendahuluan serendah RM299, bergantung kepada kelayakan anda.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPJaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan U Mobile

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium