UtamaNASIONALCadangan Mansuh PTPTN Bukti...

Cadangan Mansuh PTPTN Bukti Pembangkang Tidak Sepakat – Mustapa - pakdin.my

KOTA BAHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata isu pemansuhan pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh pakatan pembangkang membuktikan bahawa mereka tidak sepakat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan itu berkata pemimpin pakatan pembangkang tidak membuat kajian serius sebelum mengemukakan cadangan itu selain implikasinya jika ia dilaksanakan.

“Ini membuktikan mereka tidak sepakat dan tidak membuat kajian ke atas kesannya kepada kerajaan sekiranya dilaksanakan cadangan itu. Ia semata-mata untuk mendapat sokongan terutama golongan muda,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Jabatan Pelajaran Kelantan, di sini Ahad.

Mustapa berkata parti di bawah pakatan pembangkang ternyata mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini, apabila ia telah menjadi isu nasional sekarang terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata pembiayaan pinjaman kerajaan menerusi PTPTN bukan semata-mata untuk keperluan bayaran yuran, malah ia merangkumi kegunaan lain seperti apa yang terpaksa ditanggung keluarga pelajar membeli pakaian, buku dan untuk wang saku.

Menurut Mustapa, pemimpin pembangkang tidak sedar wujudnya jurang antara rakyat miskin dan kaya serta institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPTA-IPTS) dalam memperoleh peluang belajar di peringkat tinggi jika sistem pembiayaan pendidikan PTPTN ini dimansuhkan.

“Ini sekaligus boleh menjejaskan hasrat kerajaan melahirkan modal insan bermutu tinggi ke arah mencapai matlamat wawasan negara maju menjelang 2020,” katanya.

Beliau mahu rakyat tidak terpengaruh dengan idea pembangkang dalam isu PTPTN ini kerana ia bukan sahaja boleh merugikan kerajaan tetapi rakyat di bawah sistem pendidikan negara sekarang.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Hussin Awang dan pegawai-pegawai pelajaran daerah dari seluruh negeri.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...