Warga emas hilang ditemui mati lemas - pakdin.my

KOTA TINGGI – Mayat warga emas yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di kawasan lombong pasir di Felda Pasak, Kota Tinggi petang tadi dijumpai pada jarak lima meter dari lokasi mangsa menyelam.

Ketua Bomba Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, mangsa, Abd. Zarim Mohamed, 67, dijumpai pada pukul 7.10 malam.

Menurutnya, mayat lelaki itu ditemui unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor.

“Unit PPDA telah membuat selaman pada pukul 6.50 petang di tempat mangsa dilaporkan menyelam.

“Mangsa kemudian dijumpai 20 minit kemudian pada jarak lima meter dari tempat mangsa menyelam.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Susulan itu operasi turut ditamatkan pada pukul 8 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan mayat mangsa telah ditemui pihak bomba di kawasan berhampiran mangsa kali terakhir menyelam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan warga emas itu dipercayai lemas ketika melakukan aktikviti menyelam disekitar kawasan tersebut di mana mangsa disedari hilang oleh majikannya pada pukul 12 tengahari.

UTAMABERITAWarga emas hilang ditemui mati lemas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium