25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

15 Pelajar Cedera, Van Sekolah, Bas Berlanggar Di Pasir Gudang

van-sekolar-berlanggar-pasir-gudang-

Sebuah van sekolah yang membawa 15 pelajar terbabas selepas berlanggar dengan bas di persimpangan Jalan Tembikai Utama, Pasir Gudang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, bas berkenaan sedang membelok dari persimbangan itu untuk masuk ke jalan utama apabila bertembung dengan van terbabit.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, katanya, van sekolah berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Nenas Utama.

“Pelanggaran kedua-dua kenderaan itu menyebabkan van sekolah itu terbalik ke tepi,” katanya ketika dihubungi sambil menambah pelajar yang menaiki van itu dalam perjalanan ke kelas agama di Sekolah Agama Kota Masai.

Semua pelajar mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

van-sekolar-berlanggar-pasir-gudang--

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...