UtamaPOLITIKBekas Pengarah JSJ Bukit...

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman sertai Pas - pakdin.my

SHAH ALAM – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak, hari ini.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,†katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fauzi, difahamkan antara nama-nama yang disebut bakal menyertai Pas adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.
Bagaimanapun beliau pernah menafikannnya.

Ramli yang pernah dituduh di mahkamah berhubung kes rasuahnya, tetapi telah dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

Fauzi berkata, walaupun beliau terlibat dalam politik, beliau masih berpegang teguh kepada etika dan prinsipnya semasa berkhidmat, bukannya akan dipergunakan seperti yang dianggap pihak yang tidak senang dengan keputusannya.

“Saya tahu apa yang akan dilakukan dan apa yang tidak boleh. Sebagai bekas penjawat awam, saya tahu batasannya, bukan semua akan didedahkan pada ceramah-ceramah yang akan disertainya.

“Insya-ALLAH saya gunakan pendekatan berhemah, tak perlulah risaukan penyertaan saya kepada Pas,†katanya.

Fauzi yang ditanya sekiranya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13, katanya, “biarlah pucuk pimpinan tentukan, kerana saya masuk Pas bukan tujuan dicalonkan tetapi hanya berbakti kepada rakyat.”

“Cuma selepas menjadi ahli, sudah tentu saya akan memberikan lebih tumpuan kepada parti, jika tidak lebih baik menjadi ahli biasa sahaja dan keluar mengundi,†katanya.

Menurut Fauzi, beliau memilih mendaftarkan sebagai ahli Larut kerana kedua ibu bapanya berasal dari kawasan berkenaan.

“Tidak salah saya mencurahkan bakti di kawasan yang saya pernah membesar. Cuma dulu semasa dalam kerajaan, saya ada tanggungjawab lain, kini dah pencen, jadi boleh lah aktif sikit dalam politik,†katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...