Utama EKONOMI Suasana Fú sambut pengunjung di Sunway Pyramid

Suasana Fú sambut pengunjung di Sunway Pyramid

Menjelang kedatangan Tahun Harimau, pelanggan terutama yang meraikan Tahun Baharu Cina akan merasai suasana Fú (bertuah) sebaik tiba di pintu masuk pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, bermula hari ini hingga 13 Feb.

Dalam kenyataan hari ini Sunway Pyramid memaklumkan tanglung dan struktur tradisional Cina dengan warna merah terang yang merupakan warna kemakmuran akan memenuhi ruang Blue Concourse (LG2), selain dihiasi dengan karakter tulisan Cina pada struktur utama.

Menurut kenyataan itu penyewa seperti Kiehl’s, Oppo, Oriental Noble dan Flower Market by Fleurs menawarkan promosi menarik sempena perayaan itu, sekali gus membolehkan pembeli mendapatkan semua keperluan mereka di satu tempat.

“Bagi menggalakkan perayaan itu diraikan secara selamat, Sunway Pyramid menggabungkan elemen digital dengan memberikan pelanggan pengalaman istimewa membeli-belah daripada dalam talian kepada luar talian. Mereka boleh mengimbas kod QR khas untuk membuat ucapan istimewa Tahun Baharu Cina bagi dikongsi dengan ahli keluarga dan orang yang tersayang.

“Memandangkan situasi sekarang mungkin tidak membolehkan setiap ahli keluarga berkumpul, ucapan yang cukup peribadi ini menjadi cara paling efektif dan mendamaikan hati untuk pembeli-belah kekal berhubung pada musim perayaan ini,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya selain berkongsi kegembiraan sempena perayaan ini, pembeli-belah yang berkongsi ucapan dan penerimanya akan diberikan ganjaran kod QR bagi menebus e-baucer daripada peniaga yang terlibat.

Ganjaran turut diberi kepada mereka yang membuat pembelian di pusat-belah tersebut sepanjang kempen berlangsung,  iaitu bagi yang berbelanja minimum RM250 dalam dua resit berpeluang menebus set Angpau Wonder-Fu, manakala mereka yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam tiga resit boleh menebus kusyen Tahun Harimau oleh Disney.

— BERNAMA

Exit mobile version