Utama NASIONAL JENAYAH / MAHKAMAH Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin.

Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berita sebelum:

Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh

Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata mangsa yang difahamkan tidak bersekolah ditemukan oleh sepupunya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala sebelum laporan polis dibuat pada 2.45 petang hari sama.

“Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, Mohd Azahari berkata tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 9.40 malam tadi (22 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini, bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akan dibedah siasat hari ini, bagi mengetahui punca kematian.

Exit mobile version