[VIDEO] Gerai roti canai popular diarah tutup 14 hari - pakdin.my

GEORGETOWN: Gerai roti canai popular di sini, diarah tutup berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Januari susulan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Notis dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Premis terbabit turut menerima kompaun RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan.

Manakala tahap kebersihan kedai berkenaan didapati tidak memuaskan selain menggunakan telur yang terdapat najis ayam sebagai bahan bagi membuat makanan.

Turut menerima kompaun RM500 ialah gerai minuman berhampiran gerai roti canai itu yang dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais.

Janngan lupa subscribe

Terdahulu, pemeriksaan dilakukan kira-kira 11 pagi ketika premis berkenaan dipenuhi dengan pelanggan yang menjamu selera.

Tinjauan ketika operasi itu mendapati, ramai pengunjung berbaris memesan roti canai meskipun mengetahui pemeriksaan kebersihan sedang dilakukan lapan pegawai dan anggota BKKM.

Pada 2019, gerai berkenaan pernah dikompaun kerana mengabaikan kebersihan namun tidak membabitkan penutupan premis kerana persekitarannya masih berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Shahjahan Abdul Hamid berkata, dia akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

Katanya, tempoh penutupan itu akan diguna sebaiknya bagi membersihkan gerai berkenaan.

“Pekerja lama sudah pulang ke India, pekerja sedia ada mempunyai sedikit masalah,” katanya di sini.

Difahamkan, pemeriksaan itu dilakukan atas inisiatif pihak terbabit susulan video tular di media sosial mengenai pekerja premis itu yang tidak mengamalkan kebersihan ketika membuat makanan.

Video berdurasi 53 saat itu mendapat pelbagai reaksi warga net yang meminta pihak berkuasa bertindak dan memeriksa kedai berkenaan.

UTAMABERITAAM Gerai roti canai popular diarah tutup 14 hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium