[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh - pakdin.my

SEMPORNA: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh dalam kejadian pagi tadi.

Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial.

Beberapa guru yang turut berada di jeti berkenaan kemudian dilihat mengambil tindakan pantas dengan terjun bagi menyelamatkan murid terbabit.

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat.

Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung.

“Guru yang turut berada di kawasan itu ketika kejadian berkenaan berlaku kemudian terjun menyelamatkan murid mereka. Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat,” katanya ketika ditemui Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Abdul Manan berkata, beliau sudah memaklumkan kejadian itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri berkaitan.

“Kami kemukakan video kejadian itu kepada Ahmad Zahid supaya peruntukan segera diberikan.

“Beliau (Timbalan Perdana Menteri) setuju supaya jambatan dan jeti dibina secepat mungkin di kawasan itu,” katanya.

Tangkap layar murid terjatuh ke laut akibat jeti runtuh di Kampung Pulau Pababag, Semporna.

UTAMABERITA Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium