Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland - pakdin.my

Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia semakin hampir meraih gelaran pertamanya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Switzerland, sebentar tadi.

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 pada aksi suku akhir yang berlangsung di St Jakobshalle di Basel.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menyingkirkannya ketika pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu.

Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk beraksi di pentas final pertama dan memburu gelaran pertamanya musim ini apabila dijadual bertemu pemain daripada pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe.

Selepas mengharungi lima kejohanan sebelum ini, pencapaian terbaik Zii Jia adalah mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England minggu lalu dengan dia tewas di pusingan awal dalam empat kejohanan sebelum itu.

VIDEO berkaitan


 

UTAMABERITASUKANZii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium