Sultan Johor murka terhadap Nizar

Sultan Johor

NUSAJAYA  – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya ‘janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.

“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

“Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.

“Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini,” titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

“Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah “musang yang berbulu ayam” ini,” titahnya.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...