Turkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini - pakdin.my

ANKARA – Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan golongan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini Turkiye sudah membawa 150 orang, kebanyakannya pesakit kanser dan warisnya, dari Gaza untuk meneruskan rawatan.

Selain itu, usaha pemindahan telah melibatkan lebih 100 orang Turkiye, Cyprus Turkiye, dan saudara-mara mereka pada minggu ini

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca memaklumkan bahawa tiga kanak-kanak yang sakit dari Gaza telah dibawa ke Turkiye untuk rawatan perubatan.

Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan sepuluh tahun.

Ketiga-tiga mereka akan menerima penjagaan yang diperlukan ketika berada di Turkiye.

Koca berkata, ketika ini pusingan ketiga pemindahan yang terdiri daripada sekumpulan 50 orang ditangguhkan kerana isu mengenai kebenaran pembebasan mereka.

Kumpulan seterusnya yang akan dipindahkan dari Gaza kebanyakannya adalah kanak-kanak dan golongan remaja.

“Dilaporkan pemindahan melibatkan sedikit pesakit kanser tetapi terdapat banyak kanak-kanak yang telah cedera.

“Tiada seorang pun daripada mereka dalam senarai 50 yang berada dalam keadaan kritikal. Kami menjangkakan pemindahan ini akan berlaku esok (Jumaat),” katanya.

Ankara telah menghantar kira-kira 800 tan metrik bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan, ubat-ubatan, dan kakitangan perubatan ke Mesir untuk penduduk Gaza.

Ia berkata ia mahu menubuhkan sebuah hospital medan di bahagian Gaza di pintu sempadan Rafah.

Semalam, Koca berkata mekanisme penyelarasan yang terdiri daripada pegawai Turkiye, Mesir dan Israel berusaha untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk hospital medan itu.

“Satu pasukan dibentuk bersama Israel, Mesir dan koordinasi Turki berada di Mesir terutama bagi menjalankan kerja-kerja lapangan. Kita di peringkat mengenal pasti lokasi,” katanya.

“Kami mahu mengambil tindakan secepat mungkin,” tambahnya.

Sumber diplomat Turkiey berkata, dilaporkan seramai 100 warga Turkiye dan keluarga mereka berlepas dari Gaza ke Mesir pada Khamis dan dijadual terbang ke Istanbul pada Jumaat (hari ini).

Ankara dijangka memindahkan lebih ramai rakyat dari Gaza pada Jumaat – REUTERS

UTAMADUNIATurkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium