MB Selangor Digesa Jelaskan Cadangan Jual Aset PKNS – @NohOmar - pakdin.my

Wisma Yakin untuk dijual RM7 juta

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digesa memberi penjelasan dengan segera berhubung persetujuan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terhadap cadangan untuk menjual lima harta miliknya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjual lima aset tersebut dan kini hanya menunggu kelulusan Menteri Besar Selangor.

“Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata difahamkan, sehingga kini, masih tiada dokumen hitam putih terhadap cadangan penjualan aset PKNS itu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jumlah keseluruhan cadangan penjualan aset tersebut ialah RM321 juta.

Beliau berkata sekiranya maklumat itu (penjualan aset PKNS) terbukti benar maka ia tidak selari dengan pujian diterima Khalid sebagai Menteri Besar yang cemerlang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana mampu menjana rizab simpanan negeri Selangor sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Noh mempersoalkan cara pentadbiran Menteri Besar Selangor itu kerana tidak bersikap telus dan terbuka dalam urusan berkaitan aset milik PKNS tersebut.

UTAMAPOLITIKMB Selangor Digesa Jelaskan Cadangan Jual Aset PKNS - @NohOmar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium