E-Kasino Dan Aktiviti Maksiat Semakin Berleluasa Di Selangor @Khalid_Ibrahim

selangormaksiatPada waktu siang, mereka menjalankan perniagaan yang biasa tetapi pada waktu malam, mereka bertukar menjadi hab perjudian yang begitu sibuk di mana perjudian elektronik menjadi kegilaan di mana-mana.

Bagi keseronokan tambahan, terdapat kelab malam, pub dan tempat-tempat yang menawarkan perkhidmatan seks.

Penguatkuasaan yang berkurangan oleh pihak berkuasa telah membawa kepada kewujudan tempat-tempat sebegini di Selangor.

Starprobe menemui lokasi-lokasi itu berkembang maju di beberapa kawasan di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Di beberapa tempat-tempat ini, perjudian haram merupakan perniagaan teras mereka dengan mamak gerai, pub dan tempat tumpuan malam lain mendapat manfaat daripada pelanggan berkenaan.

Pusat snuker yang turut menawarkan permainan dalam talian kepada para pelanggan, juga didapati di kawasan-kawasan ini.

Jalan-jalan kelihatan seperti biasa pada waktu siang kerana kedai-kedai perjudian ini terpisah antara satu sama lain di lot kedai-kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

‘Transformasi’ itu kebiasaannya bermula selepas pukul 8 malam apabila bilangan pengunjung ke kawasan berkenaan meningkat dengan kehadiran penjudi dan pelanggan tumpuan aktiviti-aktiviti malam, yang mana kebanyakannya adalah belia yang bekerja dan warga emas.

Peningkatan bilangan penjudi turut menarik perhatian pekerja seks datang ke kawasan itu.

Seorang anggota polis negeri yang enggan dikenali berkata, pengendali kasino haram itu bermain ‘sembunyi-sembunyi’ dengan pihak berkuasa.

“Mereka hilang sebelum serbuan dilakukan. Mereka seolah-olah telah diberitahu mengenai hal itu. Jika satu serbuan diadakan, yang lain-lain dengan segera berwaspada.

“Perkara ini sudah berlaku banyak kali dan ia merupakan cabaran terbesar kita. Mereka juga tutup di satu kawasan dan membukanya semula di kawasan lain,” katanya.

Anwar & Chinadoll ?
Chinadoll ?

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...