Media AS Beri Liputan Meluas Lawatan Najib Ke Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Gaza ketika melawat ke Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Gaza ketika melawat ke Bandar Gaza

NEW YORK, 26 Jan  — Media Amerika Syarikat (AS) di bahagian pantai timur memberikan liputan meluas lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ke kawasan Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas.

Banyak laporan berita memaparkan gambar Najib, memakai jaket hitam dan seluar kuning air tetapi tanpa tali leher, tiba di Semenanjung Gaza untuk melihat sendiri situasi di kawasan itu.

Bagaimanapun, banyak daripada laporan itu mencadangkan lawatan Najib itu telah dipergunakan oleh Hamas untuk memperlihatkannya sebagai “pendirian menentang Israel”.

Malahan, New York Times dalam laporannya menggunakan kapsyen “Hamas Paints Malaysian Premier’s Visit as a Stand Against Israel” (Hamas Gambarkan Lawatan Perdana Menteri Malaysia Sebagai Pendirian Menentang Israel), menggunakan gambar menunjukkan Najib sedang keluar dari kereta sebaik beliau tiba di Bandaraya Gaza.

Menurut laporan New York Times, walaupun Najib menyifatkan lawatannya ke Semenanjung Gaza di bawah pentadbiran Hamas sebagai misi kemanusiaan, Hamas memilih untuk menggambarkannya sebagai “pendirian ingkar” terhadap sekatan Israel di Gaza.

“Ini merupakan deklarasi Islam untuk memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza,” kata Ismail Haniya, Perdana Menteri Hamas, semasa menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman di Rafah, terletak di antara sempadan Gaza dan Mesir.

Walaupun sekatan itu baru-baru ini dilonggarkan sedikit, kebanyakan eksport dari Gaza masih dilarang dan keadaan itu telah mengakibatkan perdagangan luarnya terjejas teruk.

Lawatan Najib turut dilaporkan penerbitan lain seperti World Politics Review, laman web dasar luar berpejabat di Washington DC.

Media AS dalam liputan mereka pada umumnya menyatakan walaupun Najib menyifatkan ia merupakan lawatan kemanusiaan, tuan rumah cuba menunjukkannya sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap Hamas.

Lawatan Najib itu juga dilakukan tatkala Israel sibuk dengan pengundian bagi pilihan raya Parlimen.

Haniya menyifatkan lawatan Najib sebagai “respons rakyat Palestin, Arab dan Islam” terhadap lawatan pada Selasa lepas oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Western Wall di Baitulmaqdis, menurut laporan New York Times.

Haniya dipetik sebagai menggelar Western Wall, dikenali sebagai Al Buraq dalam kalangan umat Islam, sebagai “dinding Arab dan Islam”, dan menambah “Baitulmaqdis adalah Islam”.

Dalam lawatan lima jam beliau ke Gaza, Najib turut meletakkan batu asas sebuah kolej perindustrian yang dibiayai Malaysia dan juga menandatangani perjanjian dengan kerajaan Hamas bagi pembinaan semula pejabat perdana menteri, yang dimusnahkan oleh Israel pada November semasa pertempuran dengan Hamas.

Media AS juga melaporkan gesaan Najib kepada rakyat Palestin supaya berdamai, menyatakan beliau berharap rundingan baru-baru ini antara Hamas dan Fatah, dua kumpulan Palestin yang mengawal Tebing Barat akan membawa kepada pembentukan kerajaan perpaduan.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...